Welcome To PELANGI TEAM.
Pengenalan Pelangi Team
Pengenalan. Pelangi Team ditubuhkan pada hujung tahun 2008,yang diasaskan oleh sekumpulan sahabat baik. Pelangi Team adalah satu gabungan pelbagai jenis kereta yang terdapat di Malaysia. Sehingga kini ahli Pelangi team telah disertai sebanyak 50 buah kereta yang telah berdaftar secara sah.Pelangi Team bertujuan untuk mencari kenalan baru yang berkonsepkan pemilik kereta. kami merancang untuk mencari ahli diseluruh malaysia,sebagai satu jaringan komuniti kereta yang besar. Setakat ini Pelangi Team telah berada di 4 buah negeri. Di Kuala Lumpur ahli pelangi team sebanyak 8 buah kereta, di Perlis sebanyak 5 buah kereta, di Pahang sebanyak 4 buah kereta dan selebihnya di Pulau Pinang. Pada permulaan pertubuhan hanya melibatkan sebanyak 6 buah kereta sahaja sekitar Pulau Pinang.Tetapi dari masa ke semasa PelengiTeam telah berkembang menjadi semakin ramai.Tujuan PelangiTeam ditubuhkan adalah untuk melibatkan komuniti yang sihat dan pantas dari maklumat tentang kereta dan perkhidmatan dari ahli-ahli yang yang mempunyai kemahiran tertentu.
Dari segi peraturan dan syarat pula,Pelangi Team menetapkan syarat yang senang dan mudah,semudah ABC. Isi borang,ambil sticker dan tampal sticker ahli.Serta merta anda adalah ahli yang sah.Dari segi peraturan pula,setiap ahli haruslah saling mengenali antara ahli dan saling tolong menolong antara satu dengan lain jika ahli didalam apa sahaja kesulitan.Itu adalah wajib jika kita dapat membantu.Ini yang utama ditekankan didalam PelangiTeam.Contohnya jika seorang ahli kita didalam kesulitan,keretanya rosak,dan pada masa itu kita melihat sticker ahli yang ditampal dibelakang keretanya.Dengan wajibnya kita harus tolong ahli kita dengan sedaya yang mungkin.Jika semua ahli bergini Pelangi Team akan bertahan dan mempunyai jaringan sahabat yang terhebat di Malaysia. Seperti persatuan-persatuan kereta yang lain juga,PelangiTeam juga mengadakan aktiviti bulanan dan juga aktiviti tahunan bagi semua ahli.Seperti Konvoi beramai-ramai ke pusat peranginan,ke rumah anak yatim,outo show dan lain-lain,dengan aktiviti-aktiviti sebegini kita akan dapat merapatkan silaturahim sesama ahli dan keluarga ahli. Tentang yuran ahli pula,Pelangi Team belum lagi mengutip,ini kerana PelangiTeam masih lagi menunggu lesan daripada Pejabat Pertubuhan Persatuan,mungkin pada pertegahan tahun ini PelangiTeam akan bergelar persatuan NGO yang sah.
Objektif
-MENCARI KENALAN BARU
-TOLONG MENOLONG SESAMA AHLI
-BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT TENTANG KERETA
-MENDAPAT SESUATU PERKHIDMATAN DAN INFO DENGAN CEPAT DAN
MURAH.
-AKTIVITI KONVOI/SUKAN /RIADAH/
- 18/11/08 PERJUMPAAN KALI PERTAMA PELANGI TEAM DI TAMAN BELIA PENANG
- 23/12/08 PERJUMPAAN PELANGITEAM BERSAMA STAF ACC AUTO DARI KL (MAGIC HOSE)
- 1/2/09 KONVOI 13 BUAH KERETA KE PUSAT PERANGINAN AIR TERJUN SEDIM KULIM
- PERJUMPAAN MALAM SABTU SETIAP MINGGU DI PERSISIRAN QUEENSBAY PENANG
- 3/4/09 MESYUARAT PERSEDIAAN KE PANTAI TELUK BAHANG PENANG
- 9/4/09 MESYUARAT KALI KE2 PERSEDIAAN KE PANTAI TELUK BAHANG
- 12/4/09 KONVOI 11 BUAH KERETA KE PANTAI TELUK BAHANG PENANG.
- 15/5/09 PERJUMPAAN DI QUEENSBAY MINI MESYUARAT TENTANG BAJU RASMI
- 23/7/2009 MESYUARAT DI QUEENSBAY MENGENAI PERSIAPAN DAN KUTIPAN DUIT PENGINAPAN KE TELUK BATIK.
- 10 OKTOBER 2009,KONVOI KE CAMERON HIGHLAND.
PERINGATAN KEPADA SEMUA AHLI PELANGI TEAM
KEPADA AHLI PELANGI TEAM YANG KURANG ATAU TIDAK PERNAH MENGHADIRI SETIAP KALI MESYUARAT DIADAKAN SILA HADIRKAN DIRI ANDA..INI DEMI KEMANTAPAN DAN KOMITMEN TERHADAP KELAB KITA!! TERIMA KASIH...

